live-chat-wsc
Live Chat
Kembali ke Atas
   MOD HARI    MOD MALAM

Pertanggungjawaban Pemain Dalam Mainan

Pertaruhan lazimnya dianggap sebagai sejenis aktiviti rekreasi yang membawa keseronokan dan kepuasan kepada pemain. Pasukan WSCBET mempercayai bahawa keputusan untuk melakukan pertaruhan sepatutnya adalah atas kerelaan pemain sendiri dan BUKAN tindakan yang dipengaruhi oleh orang lain. Pembekalan pengalaman pertaruhan yang terunggul kepada para pemain kami adalah keutamaan kami. Pertanggungjwaban yang harus dipikul oleh setiap pemain semasa dalam pertaruhan serta kewajipan yang harus dilakukan oleh kami, kedua-duanya memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat tersebut di atas.

Jangan sekali-kali berjudi jika:
  1. Anda di bawah umur untuk berjudi berdasarkan kuat kuasa undang-undang di negara kelahiran anda.
  2. Ia memesongkan perhatian anda daripada kerja yang anda sedang lakukan atau kewajiban yang dipikul.
  3. Anda sedang beransur pulih dari ketagihan atau penagihan yang boleh menimbulkan masalah ketidakseimbangan minda dan emosi.
  4. Anda sedang di bawah pengaruh alkohol atau bahan-bahan yang lain.
  5. Anda sedang cuba untuk menebus kembali segala kerugian dalam pertaruhan.

Ramai orang menganggap bahawa permainan pertaruhan adalah aktiviti rekreasi – kegiatan yang seronok dan tidak berbahaya serta sesuai untuk mengisi masa lapang dan menghilangkan kebosanan dalam kehidupan harian. Tetapi, terdapat segelintir orang, bagi mereka permainan pertaruhan menjadi semakin merunsingkan. Mereka telah menjadi kaki judi kompulsif yang mengalami ketagihan judi serta semakin terjerumus dalam kancah pertaruhan. Tabiat menjudi secara kompulsif mereka telah mencemar imej positif dan nama baik pertaruhan dalam talian serta kasino darat yang mementingkan kesaksamaan dalam pertaruhan.

Wakil khidmat pelanggan dalam talian WSCBET berketrampilan dalam komunikasi serta mahir dalam mengecam dan mengenal pasti gejala ketagihan berjudi di kalangan pemain-pemain. Tujuan kami adalah membekalkan sekitaran permainan yang selesa dan beradab kepada para pemain. Sementara itu, kami juga membantu mereka yang memerlukan bantuan kami.

WSCBET percaya dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dengan bersikap berhati-hati secara social dan mematuhi kehendak pemain kami yang berniat baik. Pihak pengurusan dan pekerja-pekerja kami berpengalaman luas dalam pengendalian kasino, serta berperalatan dan berkeupayaan untuk mengenal pasti gejala judi kompulsif atau masalah judi. Mereka berkepakaran dalam mencipta suasana permainan kasino online yang menyeronokkan kepada ahli-ahli sementara menolong mereka yang perlukan bantuan di luar permainan.

Gamblers Anoymous ialah sebuah organisasi yang popular dalam membantu khalayak ramai mengatasi masalah judi. Mereka adalah sekumpulan lelaki dan perempuan yang pernah mengalami pengalaman yang serupa, iaitu mereka adalah kaki judi yang tidak mampu menghentikan ketagihan judi. Mereka menggabungkan pengalaman, kelebihan dan harapan mereka untuk mengatasi penagihan mereka. Jika anda atau seseorang yang anda kasihi memerlukan bantuan mereka, sila jangan segan dan ragu-ragu menghubungi mereka melalui: www.gamblersanonymous.org.